Psychiatric posting..

Posting pertama saya disini adalah Department of Psychiatry atau disini dikenali dengan Bagian Ilmu Penyakit Jiwa. Psychiatry ini terbahagi kepada 3 komponen ; thinking, mood and behavior.Pada psychiatric patient, ketiga- tiga komponen ini mengalami gangguan (disturbance)..

-Thinking disturbance is manifested by a distortion in reality, sometimes with delusions and hallucinations

-Mood disturbance is manifested by inappropriate affective responses.

-Behavior disturbance may be manifested by bizarre activity.

Apa yang ingin saya simpulkan bahawa ketiga-tiga komponen ini sebenarnya dikawal oleh satu, yaitu tak lain tak bukan IMAN. IMAN yang mengawal fikiran, IMAN yang mengawal perasaan dan IMAN yang mengawal tingkah laku. Seandainya IMAN tidak dipelihara atau IMAN berada dalam keadaan yang lemah, maka terjadi gangguan (disturbance) pada proses berfikir, pada perasaan, tingkah laku dan lain-lain lagi.

Ada suatu kata yang indah tentang keimanan yang benar kepada Allah:

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.

edited_2_t2

Allahu rabbi..

h

Allahu Rabbi
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In Team
http://liriknasyid.com

Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He’s The One
Lord of all mankind

Ya Allah…
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan

Remedy

wp02(6x4)

Saiyidina Ali ibn Abu Talib r.a

Your remedy is within you, but you do not sense it. Your sickness is from you, but you do not percieve it. You presume you are a small entity, but within you is enfolded the entire universe. You are indeed the evident book, by whose alphabet the hidden becomes the manifest. Therefore, you have no need to look beyond yourself, what you seek is within you, if only you reflect.

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

wajdi dah besar

Picture 046

Picture 100

Kata peransang Abu Umar

pdg098

“Hidup ini umpama suatu pelayaran yang penuh dengan gelombang dan ombak yang menggila. Oleh itu bersabarlah saudaraku ….. kerana sabar itu indah. Sabar itu ialah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan dan keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan Qadar Allah.”

( Abu Umar, Jitra Dis 2005)

Kata-kata ini dipetik dari blog http://brohamzah.blogspot.com/. Abu Umar, atau cikgu azmi adalah seorang murabbi mithali (pendidik yang boleh dijadikan contoh). Insyaallah saya kongsi sedikit kata-katanya yang boleh dijadikan peransang untuk kita semua tatkala berhadapan dengan ujian Allah.

Ramadhan Kareem.

ramadhan 4

Kali ini nak tulis tentang Ramadhan Kareem sebagai tanda appreciate kehadiran bulan yang penuh barakah ini dalam hidupku untuk kesempatan kali ini. Ada satu doa yang diwariskan oleh Rasulullah SAW sebelum menjelang Ramadhan yaitu Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang -ulang oleh Rasullullah SAW apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘ Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan .
( Riwayat Al -Bazzar, At -Thabrani, Al – Baihaqi )

Para sahabat yang bersama dengan Rasullullah SAW dididik dengan tema yang agung ini ;Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya mereka menyambut Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama 6 bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudian 6 bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

ramadhan 1

Ketika menjelang Ramadhan , Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Ini adalah pengumuman daripada Rasulullah bagi menjelaskan tentang keistimewaan bulan Ramadhan. Bila dilihat ayat yang terakhir ‘ Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikanya , sesungguhnya dia rugi ‘. Oleh itu marilah kita sama- sama berusaha mentarbiyah diri dengan melakukan amal soleh dalam rangka mencari redha Allah dan memohon keampunanNya dibulan yang penuh barakah ini. Semoga selepas menjalani madrasah Ramadhan selama 30 hari ini menjadikan kita seorang yang istiqamah melakukan amal soleh kepada Allah dibulan-bulan yang lain.

ramadhan 2

Antara amal ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan :

1- Berpuasa

2- Berinteraksi dengan Al – Quran
Iman Az-Zuhri pernah berkata :Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain berpuasa) ialah membaca Al-Quran. Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid dan dasar diturunkannya Al-Quran untuk ditadabburi, dipahami, dan diamalkan (QS.Shod: 29).

3- Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih)
Rasulullah SAW bersabda :Barang siapa yang melakukan qiyam Ramadhan dengan penuh iman dan perhitungan, maka diampuni dosanya yang telah lalu (Muttafaqun aliahi)

4- Memperbanyakkan zikir, doa dan istigfar
Doa dan istighfaar pada saat mustajab adalah:

* Saat berbuka
* Sepertiga malam terakhir, yaitu ketika Allah SWT. turun ke langit dunia dan berkata:Siapa yang bertaubat ? Siapa yang meminta ? Siapa yang memanggil, sampai waktu shubuh (HR Muslim)
* Memperbanyak istighfar pada waktu sahur.
* Mencari waktu mustajab pada hari Jumaat, yaitu disaat-saat terakhir pada petang hari Jumaat.

5- Sedekah,Infaq dan Zakat
6- Mencari LailatulQadar

ramadhan 5

Sama-samalah kita sentiasa bertaubat, memohon ampun, dan meninjau kembali dosa dan kesilapan diri dimasa lalu. Apabila kita mendapati kebaikan, kita memuji Allah SWT, dan apabila kita mendapati keburukan, kita meninggalkannya seraya bertaubat kepada-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menutupi kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim:8)

Seterusnya berdoalah sebanyak mungkin kepada Allah. Sesungguhnya kita adalah hamba yang kerdil sahaja disisi Allah. Tanpa pertolongan dariNya kita tidak mampu berbuat apa-apa.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Wallahua’lam..

Haruskah Aku Katakan Cinta?

Kisah cinta memang tidak akan pernah sepi dari sejarah kehidupan dunia selama masih ada dua golongan manusia, Ar -Rijal dan An- Nisa’. Tinta jodoh telah tertulis, namun kata cinta selalu tergores lagi dikesempatan yang lain.

Rasa tertarik pada wanita sungguh wajar, bukanlah sesuatu yang aib bagi lelaki. Rasa cinta itu tentu tidak boleh dilarang kerana itu naluri manusia. Namun perasaan ini akan menjadi masalah ketika telah terjebak pada penyakit “Mabuk asmara”, tergantungnya hati pada orang yang dicintai. Hati orang yang mencinta akan rela merendahkan diri dan tunduk pada orang yang dicintainya.Dan kemudian akan timbul rasa hati yang selalu memujuk untuk mengucapkannya kepada orang yang dicintai. Sedarlah wahai manusia,itu semua hanyalah sekadar perasaan yang tiada habisnya. Setiap kali berlaku pertembungan antara lelaki dan perempuan, perasaan itu lah yang seringkali muncul kerana itu adalah fitrah. Sebagai contohnya harini seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita A, timbul rasa cinta dihatinya. Besok lusa di tempat yang lain si lelaki itu bertemu pula dengan wanita B, rasa cinta pada si B juga terpahat dihatinya. Itula yang dikatakan dengan perasaan yang tiada habisnya selagi didunia ini ada lelaki dan wanita.

142283913zrObbT_ph

Tidak diragukan lagi bahawa penyakit mabuk cinta ini begitu berat untuk diubati. Tetapi ia bukanlah beerti penyakit ini tidak dapat diubati kerana Allah menyatakan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Jadi terapi yang bisa kita jalani diantaranya adalah berupaya untuk ikhlas kepada Allah. Bila kita benar-benar ikhlas dan menghadap kepada Allah dengan jujur, Dia akan menolong kita terlepas dari penyakit mabuk cinta ini.Dia akan menolong dengan cara yang tak pernah terdetik difikiran kita sekalipun.Ikhlas dan cinta kepada Allah, adalah sesuatu yang paling manis dan indah dibanding segala hal. Sesungguhnya jika hati telah merasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, maka hati tidak akan menemukan hal yang lain yang lebih manis dari Allah, begitu kata Ibnu Taimiyah. Himpitan mabuk asmara ini adalah sesuatu yang amat berat. Dalam keadaan yang sempit dan berat tersebut pasrahkan diri dan lantunkan doa kepadaNya. Mohon pertolongan daripadaNya.InsyaAllah,Allah akan memberi jawapan, menawarkan hati kita dari penyakit yang berbahaya ini.

Cara yang berikutnya, berusaha menjauhkan diri dari orang yang dicintai.Terpisah dan menjauhnya badan akan mempengaruhi jauhnya orang yang dicintai dari dalam hati. Perpisahan itu memang pahit dan sukar,namun sebaiknya kita bersabar menanggung perpisahan selama beberapa saat. Mabuk cinta adalah musibah dan sikap yang tepat bagi orang yang mendapat musibah adalah bersabar.
Selanjutnya sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Mabuk cinta datang kerana kekosongan hati dari aktivitas.Oleh itu segala perkara yang dapat menyibukkan diri seperti belajar, bekerja bisa melupakan seseorang dari kekasih hatinya.Wallahua’lam..

Sumber : Majalah Ar-Risalah

KKN..

Sebelum clinical, pelajar tahun 3 UNHAS perlu mengikuti 1 program fakulti iaitu program KKN. Program ini menempatkan para pelajar disebuah perkampungan. Disitu, pelajar-pelajar perlu berperan aktif dalam menjayakan program-program kesihatan yang telah dirancangkan..Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya selama sebulan mengikuti program itu..=)

DSCN4575
Permandangan yang cantik, subhanallah..

DSCN4541
Oleh kerana diatas gunung, tempat yang sangat sejuk, kucing juga kesejukan dan dia mencari kepanasan dibawah para tempat masak..

DSCN4570
Dalam kebun kubis..

DSCN4536
Make up pengantin yg agak menyeramkan..

DSCN4534
Di majlis perkahwinan penduduk disini..

Di hari persandinganmu

40

Pada suatu masa yang ditetapkan…
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa…
Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

« Older entries