Psychiatric posting..

1 Comment

Posting pertama saya disini adalah Department of Psychiatry atau disini dikenali dengan Bagian Ilmu Penyakit Jiwa. Psychiatry ini terbahagi kepada 3 komponen ; thinking, mood and behavior.Pada psychiatric patient, ketiga- tiga komponen ini mengalami gangguan (disturbance)..

-Thinking disturbance is manifested by a distortion in reality, sometimes with delusions and hallucinations

-Mood disturbance is manifested by inappropriate affective responses.

-Behavior disturbance may be manifested by bizarre activity.

Apa yang ingin saya simpulkan bahawa ketiga-tiga komponen ini sebenarnya dikawal oleh satu, yaitu tak lain tak bukan IMAN. IMAN yang mengawal fikiran, IMAN yang mengawal perasaan dan IMAN yang mengawal tingkah laku. Seandainya IMAN tidak dipelihara atau IMAN berada dalam keadaan yang lemah, maka terjadi gangguan (disturbance) pada proses berfikir, pada perasaan, tingkah laku dan lain-lain lagi.

Ada suatu kata yang indah tentang keimanan yang benar kepada Allah:

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.

edited_2_t2

Advertisements

Allahu rabbi..

Leave a comment

h

Allahu Rabbi
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In Team
http://liriknasyid.com

Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He’s The One
Lord of all mankind

Ya Allah…
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan

Remedy

Leave a comment

wp02(6x4)

Saiyidina Ali ibn Abu Talib r.a

Your remedy is within you, but you do not sense it. Your sickness is from you, but you do not percieve it. You presume you are a small entity, but within you is enfolded the entire universe. You are indeed the evident book, by whose alphabet the hidden becomes the manifest. Therefore, you have no need to look beyond yourself, what you seek is within you, if only you reflect.

Dia Pilihanku

1 Comment

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

http://www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad